Shell logo
Shell.com  |  Shell Websites
Accessibility | Help | Sitemap
  
 

Kad Shell Untuk Subsidi Diesel Kerajaan

printable version
Diesel Berkualiti Dengan Kad Shell

Jimatkan perbelanjaan diesel sekarang! Terus bergerak ke hadapan dan nikmati keistimewaan Kad Shell Diesel Subsidi Kerajaan,

 

Click here for English

 

Program Subsidi Diesel Kerajaan

Siapakah yang layak memohon?

Keistimewaannya

Jenis Kad

Apakah kos yang perlu anda bayar?

Cara-cara memohon

Cara-cara mengisi borang permohonan**

Muat turun risalah dalam 3 bahasa

Muat turun borang permohonan

 

Kad Shell Diesel Subsidi Kerajaan diwujudkan khusus untuk individu atau syarikat dengan satu atau lebih kendaraan komersil untuk menikmati ganjaran dari Program Subsidi Diesel Kerajaan.

 

Individu dan syarikat yang layak boleh menikmati harga diesel yang lebih rendah di lebih daripada 800 Stesen Shell di seluruh Malaysia di bawah program subsidi ini.

 

Program Subsidi Diesel Kerajaan

Berkuatkuasa 2006, kerajaan Malaysia akan memperkenalkan Program Subsidi Diesel dengan menawarkan harga Diesel dengan menawarkan harga diesel subsidi kepada sektor dan individu yang layak. Ini membolehkan pemilik dan pengguna kendaraan komersil yang layak menjimatkan kos pengunaan diesel.

Siapakah yang layak memohon?

Individu atau syarikat kecil atau besar dengan satu atau lebih kendaraan komersil boleh memohon; dengan syarat mereka menerima surat kelulusan daripada Kementrian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (MDTCA).

Back to topBack to top

 

Keistimewaannya

Kad Shell Diesel Subsidi Kerajaan menyediakan pelbagai keistimewaan untuk meningkatkan keperluan minyak anda:

  • Akses mudah ke rangkaian stesen minyak terbesar.
  • Nikmati Subsidi diesel serta merta apabila anda mengisi minyak di stesen Shell di seluruh negara
  • Nikmati terma kredit 30 hari
  • Diesel subsidi mengikut had kuota anda
  • Kemudahan satu kad - Pembelian diesel pada harga biasa apabila melebihi had kuota.
  • Urus niaga terjamin menggunakan PIN Keselamatan untuk mengelakkan penggunaan yang tidak diluluskan.
  • Anda tidak perlu beratur dan tanpa kerenah. Pembayaran mudah dan cepat di pam.
  • Nikmati kemudahan membeli pelincir di lebih 800 Stesen Shell di seluruh negara.
  • Pilih daripada laporan* analisis kumpulan (fleet). 

 

* Layak untuk Kumpulan sahaja.

Jenis Kad

Kad Shell Diesel Subsidi Kerajaan boleh didapati dalam pascabayar dan prabayar ***.

Kad Pascabayar Shell Diesel Subsidi Kerajaan

  • Disediakan untuk individu dan syarikat dengan tiga atau lebih kendaraan.
  • Kemudahan mengisi minyak di lebih 800 Stesen Shell di seluruh negara.
  • Mengisi minyak diesel sahaja.
  • Nikmati terma kredit 30 hari.
  • Harga subsidi mengikut had kuota diikuti harga biasa di pam.
  • Nikmati kemudahan membeli pelincir di lebih 800 Stesen Shell di seluruh negara.
  • Laporan urus niaga terperinci dan laporan analisis kumpulan melalui Kad Shell dalam talian
Back to topBack to top

 

Kad Prabayar Shell Diesel Subsidi Kerajaan

  • Disediakan untuk individu dan syarikat dengan satu atau lebih kendaraan.
  • Mengisi minyak diesel sahaja.
  • Mudah menambah nilai.
  • Harga subsidi mengikut had kuota diikuti harga biasa di pam.
  • Kebebasan menentukan penggunaan diesel anda sendiri.
  • Dapatkan mata ganjaran BonusLink bila anda menambah minyak.
  • Nikmati kemudahan membeli pelincir di lebih 800 Stesen Shell di seluruh negara.

 

*** Pemilihan kad tertakluk kepada kelayakan pemohon yang ditentukan oleh Superkad Services Sdn Bhd.

 

Apakah kos yang perlu anda bayar?

Tiada yuran tahunan dan yuran keahlian.

Cara-cara memohon

Untuk mempercepatkan lagi proses dan kelulusan Kad Shel Diesel Subsidi Kerajaan dan menikmati barisan kredit** yag lebih tinggi, sila lengkapkan borang permohonan (syarikat/ individu) dan hantarkan bersama dokumen yang diperlukan.

 

** Tertakluk kepada kriteria kelulusan kredit dalaman kami yang lengkap.

 

PERMOHONAN SYARIKAT
Dokumen Yang Diperlukan

 

Sdn/ BhdPersendirian/ Perkongsian
  • Borang 9, 24 & 49 terkini
  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Laporan Audit terkini
  • Surat kelulusan Subsidi MDTCA
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan
  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Laporan Audit terkini
  • Surat kelulusan Subsidi MDTCA

 

PERMOHONAN INDIVIDU
Dokumen Yang Diperlukan

 

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Borang J atau Borang BE dengan slip pembayaran Bank/ resit LHDNM
  • Penyata bank 3 bulan terkini/ buku pas simpanan
  • Surat kelulusan Subsidi MDTCA

Back to topBack to top

 

Cara-cara mengisi borang permohonan**

Syarikat

 

  1. Nyatakan Nombor Pendaftaran Kendaraan.
  2. Nyatakan Model dan Jenama Buatan Kendaraan.
  3. Nyatakan jika trak melebihi 3.5 tan.
  4. Nyatakan jabatan/ cawangan yang menggunakan kendaraan. (Hanya perlu jika anda ingin Laporan Ringkasan Pusat Kos yang berasingan).
  5. Nyatakan jika bacaan odometer diperlukan.
  6. Nyatakan jika pembelian pelincir dibenarkan.
  7. Nyatakan had pembelian bulanan (jika perlu)
  8. Nyatakan had pembelian harian (jika perlu)

 

Individu

 

  1. Nyatakan Nombor Pendaftaran Kendaraan.
  2. Nyatakan Model dan Jenama Buatan Kendaraan.
  3. Nyatakan jika trak melebihi 3.5 tan.
  4. Nyatakan jika bacaan odometer diperlukan.
  5. Nyatakan jika pembelian pelincir dibenarkan.
  6. Nyatakan had pembelian bulanan (jika perlu)
  7. Nyatakan had pembelian harian (jika perlu)

 

** Sila rujuk kepada Borang Permohonan Syarikat/ Individu yang dilampirkan.

Hantarkan borang permohonan anda ke:

 

SUPERKAD SERVICES SDN BHD (335679-T)

A Subsidiary of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd

 

Level 7, Tower 2, Kelana Brem Tower

Jalan SS7/ 15 (Jalan Stadium)

47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

 

Telephone No. 03-7494 8181

 

Laman web: www.shell.com.my/shellcard

Muat turun risalah dalam 3 bahasa

Shell Card for Government Subsidized Diesel - English (976KB)

 

Shell Card for Government Subsidized Diesel - Bahasa (1001KB)

 

Shell Card for Government Subsidized Diesel - Chinese (1001KB)

 

Muat turun borang permohonan

Borang permohonan untuk syarikat (884KB)

 

Borang permohonan untuk individu (772KB)

 

Back To TopBack To Top

 

  Terms and Conditions | Privacy Policy  
 

Use of, and copying from, this site is subject to our terms and conditions. Please read our privacy policy.